~A Wedding Story..D.I.Y without a fuss!!!~

Wednesday, July 15, 2009

bungatelor.com


Dear visitors, thank you for still visiting this blog. I had switched to my own website, www.bungatelor.com. Come and visit my new bunga telor guides over there.




Sunday, July 12, 2009

~How to decorate flowergirl's hairclip~

Flower girls can make a wedding looks more cheerfull and pretty.However,their dress and accessories can add up to your wedding budget.Save up money by doing yourself!This is a simple way how to decorate flowert girl's hairclip :)
Kanak-kanak pengiring boleh menambah seri majlis perkahwinan anda.Namun,baju dan aksesori untuk mereka sahaja menyebabkan bajet perkahwinan menjadi tinggi.Mari berjimat dengan menghasilkan sendiri klip rambut kanak-kanak pengiring :)

You need to have-->scissor,pliers,SWG 28 wires,white organza ribbon,red and pink satin ribbons,basic hairclip,needle,thread and glue.
Anda memerlukan-->Gunting,playar,Wayar saiz 28,riben organza putih,riben satin merah dan pink,klip rambut,benang,jarum dan gam.

First of all,you have to make satin rose using the red satin ribbon.Refer to my previous post on how to make http://bungatelor.blogspot.com/2009/07/organza-rose.html>satin rose
Sebagai permulaan,anda perlu menghasilkan bunga ros satin menggunakan riben satin merah.Sila rujuk cara-cara untuk menhasilkannya pada entri http://bungatelor.blogspot.com/2009/07/organza-rose.html>satin rose

After that,take the organza ribbon and make a bow from it.Make sure the length of the bow is suitable for the hairclip.
Selepas itu.ambil organza dan bentukkannya menjadi riben.Pastikan panjangnya bersesuaian dengan klip.

Tie the centre of the bow with wire,and cut the excess to tidy it up.
Ikat tengah riben dengan dawai.Potong lebihan dawai untuk mengemaskannya.

Cut the end of the bow as per the picture below.
Potong bahagian hujung riben seperti gambar di bawah.

Glue the organza bow to the hairclip.
Gamkan riben organza kepada klip rambut.

Then,take the small pink ribbon and do a bow like what we did just now,except it is a bit smaller.
Kemudian,bentukkan riben berwarna pink sama seperti riben organza,cuma ianya lebih kecil sedikit.

Glue the pink bow on top of organza bow.
Lekatkan riben pink di atas riben organza.

Finally,take the satin rose and glue it at the centre of the bow.
Akhir sekali,ambil bunga ros satin dan lekatkan di tengah-tengah riben.

This is the result :
Inilah hasilnya :



Simple and save your money! :p
Mudah dan jimat! :p

Tuesday, July 7, 2009

~How to make bunga telor-->bunga stoking~

You will need/Anda memerlukan--> 1 inch green ribbon and 1/2 inch pink ribbon,SWG 26 or 24 wires,pliers,scissor,thread,flower stocking,flower stigma,bamboo stick,net,flower tape,and gold wires.


First of all,cut the gold wires into 4 small pieces/Potong dawai emas kepada 4 bahagian.

Then,shaped the already cut wires into petals as per picture below.You will need 7 petals./Kemudian,bentukkan dawai yang dipotong menjadi kelopak seperti gambar di bawah.Anda akan memerlukan 7 kelopak.


Wrap the wire petals with stocking individually.Stretch the stocking neatly and tie the end with thread.Remember not to overstretch the stocking so that it won't get torn./Balut kelopak dengan stoking.Tarik stoking dengan kemas dan ikat hujungya mengunakan benang.Jangan menarik stoking terlalu tegang supaya tidak terkoyak.





Next,take flower stigma (around 10) and divide it into two with a wire at the centre.Refer the picture below./Seterusnya,ambil inti bunga dan bahagikannya kepada 2 mengikut contoh di dalam gambar.



Attached the stigma to the petals using thread.Start one by one until all 7 petals are combined together.Tidy it with the flower tape./Cantumkan inti bunga dengan kelopak menggunakan benang 1 demi 1 sehingga kesemua 7 kelopak dicantum.



After that,take the 1 inch ribbon and knot it like a bow.Make 4 sets of it./Selepas itu,ambil riben hijau 1 inci dan ikat seperti di dalam gambar sebanyak 4 set.



Do the same with the 1/2 pink ribbon.You will also need to make it 4 sets.Make it so that the lenght of pink ribbons is more than green ribbons./ Begitu juga dengan riben pink 1/2 inci. Buat 4 kesemuanya dan pastikan panjang riben pink ini melebihi panjang riben hijau.


Combined 3 sets of green and pink ribbon together underneath the flower that we did earlier. Arranged it nicely.Green next to pink and so on.Neatly tape it./ Cantumkan 3 set riben pink dan riben hijau dibawah bunga yang dihasilkan tadi.Susun supaya warnanya berselang-seli.

When it is done,join a bamboo stick to the flower with ribbons we made just now./ Apabila siap,lekatkan batang buluh kepada bunga tersebut.

Halfway taping along the bamboo stick,attached the last sets of ribbons./ Sewaktu melilit hampir separuh batang buluh,cantumkan set riben pink dan hijau yang terakhir.

Follows by the net to store boiled egg,chocolates or fragrant soap.
Continue taping until almost the end of the bamboo stick./ Diikuti dengan net untuk mengisi telur,coklat ataupun sabun berpewangi.

This is what it will look like when it is finish :)/Inilah hasilnya apabila siap :)


If necessary,cut the ribbons to appropriate lenght. Shaped the flower to make it look livelier./Jika perlu,potong riben supaya panjangnya bersesuaian.Bentukkan bunga supaya nampak lebih hidup dan menarik.

Do try it at home! :)
Selamat mencuba! :)

Monday, July 6, 2009

~Tray flowers/Bunga dulang~

Currently im doing tray flowers for my good friend :p The crystal dip flowers is for wedding items decorations.
Sorry for the poor quality of pictures.The camera im using is too sensitive and im not much of a photographer!! 'wink' ;)/
Gambar di bawah adalah bunga dulang yang saya hasilkan untuk kawan baik :P Bunga dip ini digunakan untuk menghias hantaran perkahwinan.
Kualiti gambar kurang baik kerana kamera yang digunakan terlalu sensitif,ditambah pula tidak pandai dalam fotografi.Harap maaf ya !! ;)

Interested in making these???/ Berminat untuk menghasilkan bunga-bunga ini???





Sunday, July 5, 2009

~How to make Crystal dip flowers/Bunga dip~



Crystal dip flowers are widely used to decorate wedding items these days.However the process to make it are tedious.One need skills and patience in order to do it.This post is about how to make a simple dip flower :)
Things that you need to make dip flowers--->
Polystrene,scissor,pliers,floral tape,dip chemical,thinner,thread@wires,green leaves,bamboo stick and gold wires.

Bunga dip selalu digunakan untuk menghias hantaran kebelakangan ini.Namun,proses penghasilannya agak rumit.Kesabaran dan kebolehan diperlukan untuk menghasilkan bunga dip yang menarik.
Anda memerlukan-->polistrin,playar,pita pelilit,cecair dip,thinner.benang@dawai,daun,batang buluh dan dawai emas.

The first step is,to shape the gold wires into petals.
Langkah pertama,bentukkan dawai emas menjadi kelopak bunga.


The shape of the petals is achieved by bending the wires.You may changed it according to your desire.
Bengkokkan dawai untuk memperoleh bentuk kelopak yang diingini.Bentuk kelopak boleh divariasikan mengikut kemahuan dan kecekapan anda.

Shape as many petals as you want depending on how much petals you want to use in one flower. In this post,i'm going to use use 12 petals for a flower.
Bentukkan dawai mengikut jumlah yang dimahukan untuk menghasilkan sekuntum bunga. Contohnya,saya menggunakan 12 kelopak untuk sekuntum bunga.


Dip the petals into the chemical and take it out.You will get a thin layer of the crystal dip following exactly the outline of the petals.Do it slowly and carefully,like handling soap bubbles as the dip may break.Use thinner to dilute the dip chemical if it becomes thicker.The chemical becomes thicker when exposed to air for a long time.
Celupkan kelopak bunga ke dalam larutan dip kristal.Anda akan mendapati 1 lapisan nipis dip kristal terbentuk mengikut bentuk dawai.Keluarkan dengan perlahan-lahan dan berhati-hati kerana lapisan itu mudak pecah/koyak. Gunakan Thinner untuk melarutkan dip kristal yang memejal disebabkan terdedah kepada udara terlalu lama.


Next,let the petals dry out on the polystrene.You may also add glitters to the petals while the dip is still wet for glamourous touch.
Seterusnya,biarkan kelopak-kelopak itu kering dengan menjemurkannya di atas polistrin.Anda juga boleh meletakkan perada ke atas kelopak semasa ia masih basah untuk kemasan lebih glamor.

After that,take the petals and combined it together to make a flower.Ensure that the petals are properly dried before you combine them.Here,for the centre part, I used 3 petals.
Selepas itu,ambil kelopak-kelopak tadi dan cantumkannya untuk menjadi bunga.Pastikan kelopak bunga itu kering sepenuhnya.Di sini,saya menggunakan 3 kelopak untuk bahagian tengah bunga.

And for the middle part i used 4 petals.
DAn untuk bahagian tengah,saya menggunakan 4 kelopak.

Continue joining the petals together until you achieved something like this :
Teruskan mencantumkan kelopak-kelopak itu sehingga anda mendapat hasil sebegini :

Tidy up the stalk with floral tape.
Kemaskan tangkai bunga dengan pita pelilit.

Afterwards,take the bamboo stick and join it to the flower using flower tape.
Kemudian,ambil batang buluh dan cantumkan kepada bunga menggunakan pita pelilit.

Do not forget to put the leaves as you go along the way.
Jangan lupa untuk meletakkan daun semasa melilit batang buluh tersebut.

Continue taping until the end.
Teruskan melilit sehingga hujung batang buluh.


The flower look like this when it is done.This is a simple example only.You can add more decorative materials (ribbons,beads and etc.) to it to make bunga telor/bunga pahar.
Bunga yang sudah siap adalah seperti gambar di bawah.Ini adalah contoh yang rigkas dan mudah sahaja.Anda boleh meletakkan pelbagai hiasan pada bunga (riben,manik dan lain-lain) jika ingin menhasilkan bunga telor/bunga pahar dip.


For a simple one like this,simply make a dozen or so and arrange it in a vase.
It makes your house looks lovely and adds freshness to it :)
Bunga dip ringkas ini boleh juga disusun di dalam pasu hiasan dan dijadikan penyeri rumah. :)

Happy dipping!! :P
Selamat mencuba!! :P


Saturday, July 4, 2009

~How To make a butterfly~


Butterfly,with their brightly coloured wings are such a beautiful creature :) In this post i'm going to show how to make a butterfly from Nylon flower stocking.
You will need-->glue,pliers,scissor,thread@SWG 28 wires,Nylon flower stocking,flower stamen,beads and gold wires.

Kupu-kupu merupakan serangga cantik yang bersayap terang dan berwarna-warni.
Di sini,saya akan menunjukkan cara-cara membuatnya menggunakan stoking bunga nylon.
Anda memerlukan-->gam,playar,gunting,benang@dawai saiz 28,stoking bunga nylon,inti bunga,maink dan dawai emas.


First of all,cut a gold wire into 4 small pieces.Next,shape the already cut wires into butterfly wings using pliers.
Langkah pertama,potong dawai emas kepada 4 bahagian.Seterusnya,bentukkan dawai yang siap dipotong menjadi sayap rama-rama.

The shaped of the wings may vary.It all depeds on your creativity.Here,i shaped the top portion of the wings like this :
Bentuk sayap rama-rama boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti anda.Di sini,saya bentukkan bahagian atas sayap seperti berikut :

And the lower portion like this :
Dan bahagian bawah sayap seperti berikut:

You should get an outline of a butterfly when all 4 wires are shaped.
Bentuk kasar kupu-kupu akan terhasil apabila kesemua dawai dibentuk.

After that,wrap the wings with stocking individually.Ensure that the back and front of the wings are fully covered with stocking.Stretch the stocking neatly and tie the end with thread@wires.Do not overstretch the stocking as it is easy to be torn.
Selepas itu,balut sayap kupu-kupu dengan stoking secara berasingan.Pastikan bahagian depan dan belakang sayap ditutupi sepenuhnya.Tarik stoking dengan kemas dan ikat hujungya mengunakan benang@dawai.Jangan menarik stoking terlalu tegang kerana ia mudah koyak.

All 4 wings wrapped with stocking:
Keempat-empat sayap yang sudah siap dibalut :

Then,join the wings 1 by 1 with thread@wires.
Kemudian,cantumkan sayap satu persatu menggunakan benang@dawai.



When finished joining all 4,trim the back of the butterfly (excess of wires).
Apabila siap menyambung sayap,kemaskan bahagian belakang kupu-kupu (lebihan dawai)


To make tentacles,take 2 flower stamen and cut one side of it as per the picture below.Another way to make tentacles is to take a pair of short gold wires and make a hook at one end.
Untuk membuat sesungut,ambil 2 inti bunga dan potong salah satu hujungnya.Selain itu,anda boleh menghasilkan sesungut dengan membengkokkan hujung dawai emas.

Place the tentacles on top (centre) of the butterfly and glue it.
Letakkan sesungut di atas (tengah) kupu-kupu dan gamkan.

After that,glue beads on the centre of the butterfly.The end result will be a basic butterfly.
Gamkan manik di tengah-tengah.Hasilnya,terbentuklah seekor kupu-kupu.

Finally,decorate the butterfly with glitters or sequins.
Akhir sekali,hiaskan rama-rama dengan menggunakan perada ataupun labuci.

There you go, a pretty butterfly :) Suitable to be use as decorations for wedding items and doorgifts.
Kupu-kupu ini sesuai digunakan sebagai hiasan hantaran mahupun cenderamata :)


Example of butterflies with different shapes and colours!
Contoh kupu-kupu berlainan bentuk dan warna!

Really,it is worth trying!!!
Harus dicuba!!!